Al Firdaus-Lama dan Baru

Sumbangan Derma

Surau Al Firdaus akan terus melakukan pembesaran dan pembaikan.
Ruang luar (tile) telah siap sepenuhnya.

Karpet dalaman untuk solat:
Mengalukan sumbangan samada secara jariah terus karpet atau sumbangan rm..
Sila hubungi senarai dibawah bagi melaksanakan niat murni tuan puan
Tuan Haji Fathorahman-Imam Surau 0134225096
Tuan Haji Rohaizat Md Saad (Chegu Rohaizat) 0195724096
En Shukril Naim(Chegu Naim) 0164266540
En Mohd Suzi Che Ani 0194815474


Bagi Muslimin dan Muslimat yang ingin menyumbang secara bank in,numbor akaun Surau AlFirdaus tertera disebelah
(02020-02-019295-4)Bank IslamBerhad Sungai Petani

Ibadah Korban dan Aqiqah

Ibadah Korban dan Aqiqah Hijriah 1434, Satu bahagian(tumpok) RM380.00 (360.00 korban/aqiqah,RM 20.00 pengurusan)
Pendaftaran di buka mulai sekarang
Hubungi Chegu Rohaizat 0195724096 atau mana mana AJK Surau Al Firdaus.

Rabu, 13 Jun 2012

Jawatankuasa Pengurusan Surau Al Firdaus 2011-2013

Pengerusi(Imam)-    Tuan Haji Fathorahman Bin Haji Ahmad
Timbalan Pengerusi-En Atiqurrahman Bin Abd Rahman(Pendidikan/Modal Insan)
Setiausaha             -En Shukril Naim Bin Mohamad(Dakwah)
Bendahari              -En Mohamad Suzu Bin Che Ani (Pembangunan)
Ahli Jawatan Kuasa
1-Tuan Haji Rohaizat Bin Wan Saad(Kebajikan dan Khairat)
2-En Hamid Bin Awang(Harta dan Keraian)
3-En Razali Bin Khamis(Penerangan)
4-En Othman Bin Saad(Keselamatan)
5-En Md Desa Bin Awang(Kebersihan-Keceriaan)
6-Tuan Haji Kecik Bin Daud(Masakan)
7-En Saad Bin Ahmad
8-En Ramli Bin Salleh
9-Hajjah Che Embon

Rabu, 30 Mei 2012

Surau Al Firdaus Katering ke Taman Kempas Bakar Arang


Tarikh: 26/05/2012
Lokasi:-Taman Kempas Bakar Arang Sungai Petani


Majlis Perkahwinan Taman Kempas Bakar Arang Sungai Petani
Tetamu kehurmat:YAB Dato Sri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah dan beberapa VVIP

Majlis ini di hostkan olih Ir Zamri Yusof seorang bekas Senator mewakili negeri Kedah DA.
Tuan Khemah selaku pengurus bekerjasama dengan Surau Al Firdaus Katering dan Yayasan AMAN Merbok yang berpejabat di Sungai Lalang telah diamanahkan untuk mengelolakan perjalanan majlis ini.

Pada 03/06/2012-Surau Al Firdaus Katering telah diminta untuk menguruskan penyediaan makanan kepada seorang pelanggan di Kampung Besah Kuala Ketil.
Konsepnya membekal dan urusan agihan diuruskan olih tuan kenduri





Jumaat, 25 Mei 2012

SURAU AL FIRDAUS -Pembesaran Luar

Kerja kerja pembesaran ruang luar Surau Al Firdaus telah dimulakan pada awal bulan Mach 2012.
Pada 24/03/2012,satu gotong royong utama bagi menyiapkan" kerja awal" bagi pemasangan tile telah dilakukan.
Wakaf  untuk TILE dan pemasangan sedang di buka dan penyertaan sumbangan jariah @ wakaf amat di alu alukan.
Harga Sekeping : 10 in x 18 in =RM 8.00
Harga Satu SAF:  4 kaki x 21 kaki =RM 350.00.
Sumbangan anda ikut kadar kemampuan amat di hargai.

Video Pembinaan pada 24/03/2012 dan pic pic berkaitan pembinaan.





Sabtu, 24 Disember 2011

PAS Merbok :Memasak Bubur Asyura



Surau Al Firdaus terlibat dengan aktiviti parti?.
Tunggu dulu sebelum meneruskan prasangka anda.

Walau politik yang juga dikenali sebagai siasah dibenarkan olih Islam,tapi otak otodok asuhan satu politik berjenama "politik kebangsaan" menentang ianya berlaku.Katakan kita(pendapat penulis) mengambil sikap  tolak ansur,bila ditanya sebab  laman ini menyiarkan pic Majlis Memasak Bubur Asyura anjuran PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama PAS Cawangan Sungai Lalang,inilah jawapannya:
1-Kawasan memasak berdekatan dengan kawasan surau
2-Peralatan memasak disewa dari Surau Al Firdaus.
3-Penyediaan makan minum di minta Surau Ak Firdaus menyediakannya dengan peruntukan di keluarkan.
OK kan?...kalau masih tak mau alasan ini,OK,kita kembali kepada hujah:Politik yang juga dipanggil siasah SESUAI dalam semua keadaan.

Olih iti,"clik" link dibawah untuk lihat gambar gambar sekitar Majlis Memasak Bubur Asyura Anjuran PAS Kawasan Merbok
11 Khemah disediakan
Kira kira 25 kawasan berjaya di masak-dikacau

Turut hadir:Dr Hamdan Md Khalib-Yang Di Pertua PAS Kawasan Merbok
Rashid Din-MP Parlimen Merbok
dan Exco yang mempunyai kenderaan ini

Tiap tiap cawangan bertanggong jawap mengedar kepada cawangan-kawasan masing masing

Alhamdullilah dengan cuaca yang baik walaupun pada hari majlis diadakan 24/12/2011,setiap lorong ada majlis perkahwinan,sambutan dari ahli amat menggalakan.
Kesemua bubur yang dimasak termasuk satu kawah special(asura durian) telah diagihkan pada penduduk setempat tanpa mengira pahaman parti politik dan keturunan.

Sekitar Acara Memasak Bubur Asyura anjuran PAS Kawasan Merbok dengan kerjasama PAS Cawangan Sungai Lalang


dan youtube ini





Ahad, 18 Disember 2011

Surau Al Firdaus Katering

Surau Al Firdaus Taman Desa Aman salah satu daripada surau yang paling aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan nya.
Selain terkenal dengan kepadatan majlis ilmunya selepas solat maqrib dan lain lain aktiviti ilmu bagi memakmurkan surau,ianya juga terkenal kerana sikap gotong royongnya didalam mengurus dan menjayakan pelbagai majlis jamuan yang melibatkan jemaah suraunya dan NGO NGO yang punya tujuan yang dapat diterima konsepnya olih Surau Al Firdaus seperti Yayasan Aman.

Keaktifan Surau Al Firdaus kini diteruskan.
Surau Al Firdaus kini mengembang satu lagi aktiviti bagi memastikan TABUNG SURAU sentiasa terisi.
Kerja kerja pengurusan dan melaksana kerja masak memasak bagi majlis perkahwinan kini bolih dibuat melalui SISTEM KATERING.
Jemaah(masyarakat) yang menempah perkhidmatan Surau Al Firdaus Katering bukan saja akan dapat menjimat perberbelanjaan dalam kadar yang agak besar,malah secara tidak langsong ia juga melakukan amal jariah pada agamanya kerana keuntungan yang didapati dari aktiviti ini akan dimasukkan kedalam tabung surau.
Pada mereka yang berminat,hubungilah Tuan Haji Rohaizat Md Saad 0195724096 (Chegu Rohaizat) atau mana mana AJK surau untuk maklumat lanjut

Gambar gambar dibawah telah diambil sewaktu kerja memasak untuk Majlis Perkahwinan olih En Shukri,Taman Desa Aman Sungai Lalang








FRIDAY, 16 DECEMBER 2011

Sabtu, 17 Disember 2011

Promosi :Katering Surau Al Firdaus

Objektif Penubuhan Surau Al Firdaus Katering

Membantu jemaah dan masyarakat setempat bagi mengurus kerja kerja memasak dan jamuan pada tetamu di hari kenduri

***Kerja kerja gotong secara penuh bagi "jemaah" Surau Al Firdaus seperti yang berjalan sekarang akan diteruskan.

Kelebihan menggunakan Perkhidmatan Katering Surau Al Firdaus
Menjimatkan perbelanjaan
Contoh :Harga Katering yang berada di pasaran RM 7.00 bagi tempahan makan 1000 tetamu=RM7000.00
Harga Surau Al Firdaus Katering untuk jumlah yang sama =RM 5.80 hingga RM 6.00=RM5800 hingga 6000,00(penjimatan antara RM 1000 hingga RM 1200.00

Saham akhirat:
Lebihan yang diperolihi selepas ditolak perbelanjaan akan di masukkan dalam Tabung Surau Al Firdaus bagi tujuan aktiviti mengimarahkan surau seperti kelas pengajian,perbelanjaan pengurusan surau dan pembangunan pembesaran surau.
Mengukuh ukhwah dan saliturahim antara surau dengan masyarakat setempat.

***Pihak Katering Surau Al Firdaus akan mengatur Majlis Bacaan Tahli Arwah jika diminta.

Semua urusan bolih dibuat dengan menghubungi Chegu Rohaizat(0195724096) atau mana mana AJK surau


Rabu, 9 November 2011

Korban + Aqiqah Surau Al Firdaus 1432 Hijriah

Korban dan Aqiqah Hari Raya Korban 1432 Hijriah Surau Al Firdaus Taman Desa Aman Sungai Lalang

Lokasi: Padang Sukan( Mini) Surau Al Firdaus dan PASTI Al Firdaus
Tarikh: bermula 05/11/2011 (Aqiqah) dan 06/11/2011 Korban + Aqiqah
Tenaga Kerja:Lebih 40 Jemaah Surau Al Firduas.
Pembelian lembu korban+aqiqah:Sumber kutipan RM 330.00/bahagian(tumpok)
Jumlah lembu dikorban untuk Korban dan Aqiqah pada 06/11/2011=10 ekor
Jumlah lembu untuk Aqiqah 05/11/2011 untuk jamuan selepas Solat Sunat Aidul Adha=1
Jumalah lembu korban atas permintaan Yayasan Aman=4
Penglibatan peserta:Terhad pada Jemaah Tetap Surau dan Mereka yang dicadang olih Jemaah tetap Surau.

Cara pembahagian dilakukan-selepas keputusan Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Surau dengan Peserta.
Korban:1/3 diagihkan olih Surau dengan bantuan jemaah petugas,2/3 diserah pada peserta.
Aqiqah:Semuanya sekali termasuk tulang diserah pada peserta untuk diagihkan sendiri(atau masak sendiri dan jamuan )












Ahad, 11 September 2011

Jamuan Hariraya Surau Al Firdaus dan Rumah Terbuka PAS Cawangan Sungai Lalang


Pada 10/09/2011 bermula jam 1400-1700(2 petang hingga 5 petang)Surau Al Firdaus Taman Desa Aman Sungai Lalang dan PAS Cawangan Sungai Lalang telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidul Fitri.
Dalam suasana hujan lebat sebelumnya dan ada jamuan Hari Raya anjuran Masjid Al Makmur Sungai Lalang yang bermula lebih awal,jam 12.00 th-2 petang,jumlah kehadiran lebih kurang 450 orang bolihlah dikatakan amat memuaskan.
Majlis ini tidak mengundang tetamu khas sebaliknya ia terbuka kepada semua mereka mereka yang mengenali keujudan lokasi Surau Al Firduas.(Terbuka sepenuhnya)
Surau Al Firdaus juga lokasi tempat ibadah Pelajar Pelajar Tahfiz Bukit Makmur tetapi disebabkan semua pelajar pulang bercuti sempena Cuti Hari Raya yang berakhir pada hari ini(09/09/2011),gambar mereka tidak terdapat didalam video dan pic yang dipaparkan.Namun mereka sempat untuk joint sama kerana kebanyakannya hanya datang( selepas menghabiskan cuti),pada saat terakhir jamuan terbuka ini hendak tamat.

Video persiapan-Membakar lemang
Lemang yang disediakan memang sedap,cukup ramuannya.Itu yang dikatakan olih "orang rumah" aku ,pasai aku tak rasa pun lemang tu kerana ingatkan nak rasa pada masa masa penghujung kerana menu lain yang disediakan amat mencabar selera.Last sekali aku kena chaww atas sebab lain,bila ulang pi pula yang tinggal hanya bekas sahaja.Alhamdulliah.
Pakar membakar lemang ini bukan calang calang kepakarannya.Ada yang mempraktik amalan waktu jadi soldier,ada yang memang menjual lemang sebahagian dari aktiviti mata pencarian dan ada yang tak kurang kaki tumpang semangkok ,macam akulah ,bagi nampak ramai dan meriah saja. Dan yang tak bolih ditinggalkan untuk dikongsi maklumat,ada pula tok bomoh yang siap duduk menyebok memastikan api sentiasa dalam keadaan terbaik.


Video majlis jamuan Hari Raya



Menu yang disediakan
1-Air Oren
2-Cendol
3-Air kelapa proses dengan ramuan tambahan(Coconut Shake)
4-Kueh mueh
5-Pencuci mulut buahan
6-Mi,bihun sup dan sup kosong
7-Ketupat dan rendang
8-Lemang dan rendang dan nasi himpit
9-Rojak buah


Tuan Haji Rohaizat AJK Kawasan dan AJK Surau AlFirdaus bersama agen ayam En Razali (baju kuning)

Bersila lagi bagus
Pemerhati terbaik Haji Kechik dan Haji Md Nor
Ini geng OTAI,Sanusi dan Tuan Haji Latif Farmasi
Keluarga aku
Keluarga aku
Hero ada dimana mana
Menu tersedia
Keluarga aku
Hero dimana mana
Muslimat
Jemaah dalam pembikinan dan Pengundi akan datang

Tok Bomoh dan usahawan muda dengan coconut shake
Gerai coconut shake,sumbangan En Asri usahawan muda yang berjaya ,Mejar Din pun tumpang sama
Gelaklah kamu sebelum gelak diharamkan
Nampak kah buah nyok tu-suplly by En Asri usahawan muda

Tok Ketua &  Bendahari Kawasan (En Latif Jusoh tuanpunya rangkaian Kedai Emas Jusoh dikawasan utara )digerai cendol
Sahibul samahah Suzi dan Din Shafiz di gerai cendoi
Sembang lagi

Man Awee @ MKK dengan borak Kelante nya.Tang mana pun ,dia lah juara sembang,kerja despath apa yang tak cukup
Apa yang tak kena tu tok bomoh?.

Tuan Haji Fathorahman,Pengerusi dan Imam Surau bersama Bendahari Surau
Ustaz Hafiz Imam Masjid al Makmur yang juga pengetua Kelas Tahfiz